Profil Jurulatih



Cikgu Mohammad Wazir@Lokman Hakim  bin Mohamed Tahir, dilahirkan pada 18 September 1977. Anak Kelahiran Perak, beliau dibesarkan di Manjung. Perak. Minat mendalam tentang ilmu persilatan ketika beliau meningkat remaja ketika berusia 16 tahun. Gelanggang Pertamanya semasa menuntut di Sekolah Menengah Vokasional Sri Manjung, Perak.Beliau Berguru dengan Cikgu Haji Adnan dan Cikgu Rosnah di gelanggang manjung. Perak. Anak jati lincah Manjung.Beliau berminat untuk mempelajari ilmu persilatan lincah, untuk Memertabatkan Seni Silat Melayu.Beliau Mengajar di sekitar Selangor antaranya Gelanggang Taman Selayang dan juga Kuala Lumpur. Glanggang SK Jalan Hang Tuah.Bak Pepatah melayu Mengatakan Dimana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan!!! Dimana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit Di junjung…Bersama-sama kita Memperjuangkan Seni Silat Warisan Kita… Warisan Melayu!!,…. Bangsa Kita!! Bangsa Melayu!!!!...

Cikgu Abdul RafiQue bin Ahmad Alkamal, dilahirkan pada 25 Oktober 1986. Anak Kelahiran Pulau Pinang Tetapi beliau dibesarkan di Kampung Sungai Merali Batu 4, Gombak Selangor. Merupakan Anak Pesara Angkatan Tentera Malaysia. Minat untuk Mempelajari ilmu Persilatan ketika Beliau berusia 6 tahun. Dahulunya ketika melihat gerakan tangkas ilmu persilatan yang di warisi oleh arwah datuknya.Minat mendalam tentang ilmu persilatan ketika beliau meningkat remaja ketika berusia 14 tahun. Gelanggang Pertamanya semasa menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia.Beliau Berguru dengan Cikgu Mohd Redzuan bin Mohd Salleh di gelanggang Gombak. Selangor. Anak jati lincah Gombak.Beliau berminat untuk mempelajari ilmu persilatan lincah, untuk Memertabatkan Seni Silat Melayu. Memperjuangkan Seni Warisan datuk nenek moyang kita , Bangsa Melayu! Bangsa Kita!!Bercita-cita untuk Memperluaskan Seni Silat Lincah Malaysia di Sekitar Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.Beliau Mengajar di sekitar Selangor antaranya Gelanggang Gombak setia, Taman Selayang, Sekolah Menengah Teknik Sepang. Dan juga di sekitar Kuala Lumpur Gelangang SK Danau, dan Flat Sri Kedah.Bak Pepatah melayu Mengatakan Dimana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan!!! Dimana Bumi Di Pijak, Di Situ Langit Di junjung…Bersama-sama kita Memperjuangkan Seni Silat Warisan Kita… Warisan Melayu!!,…. Bangsa Kita!! Bangsa Melayu!!!!...